Kawal Roboedu Menggunakan Telefon Pintar Android

Pengawal Roboedu dilengkapi dengan bluetooth. Jadi anda boleh mengawal Roboedu menggunakan telefon pintar Android melalui medium bluetooth. Ada banyak aplikasi di Play Store yang anda boleh gunakan serta muat turun secara percuma, walaubagaimanapun untuk post ini, kami akan gunakan aplikasi Arduino BT Joystick Free. Anda boleh muat turun aplikasi tersebut disini (https://play.google.com/store/apps/details?id=com.heightdev.arduinobtjoysticklite&hl=en).

Sebelum anda boleh mengawal Roboedu, anda perlu memuat turun pengaturcaraan untuk Roboedu di bawah.

Pengaturcaraan Roboedu:

#include <RoboEduMotor.h>

RoboEduMotor Motor;

#define led 13
#define BtTxEn A3 // Bluetooth transmit enable

byte inByte = 0;

void setup()
{
  pinMode(led, OUTPUT);
  pinMode(BtTxEn, OUTPUT);
  Serial.begin(9600);
  digitalWrite(BtTxEn, HIGH); // Enable bluetooth transmit
}

void loop()
{
  if(Serial.available() > 10)
  {
    delay(10);
    while(Serial.available())
    {
      inByte = Serial.read();
      if(inByte == '#') inByte = Serial.read();
      {
        if(inByte == 'b')
        {
          Serial.read(); // =
          inByte = Serial.read();
          switch(inByte)
          {
            case '0': // Stop
              Motor.A(0); // Right motor
              Motor.B(0); // Left motor
              break;
            case '1': // Forward
              Motor.A(-80); // Right motor
              Motor.B(-80); // Left motor
              break;
            case '2': // Backward
              Motor.A(80); // Right motor
              Motor.B(80); // Left motor
              break;
            case '3': // Left
              Motor.A(-60); // Right motor
              Motor.B(60); // Left motor
              break;
            case '4': // Right
              Motor.A(60); // Right motor
              Motor.B(-60); // Left motor
              break;
            default:
              break;
          }
        }
      }
    }
  }
}

Selepas memuat turun pengaturcaraan diatas ke pengawal Roboedu, anda sudah boleh mengawal Roboedu anda. Sila ikuti langkah-langkah tersebut:

  1. Hidupkan pengawal Roboedu. Pastikan anda telah sambungkan bahagian-bahagian Roboedu menjadi sebuah mobile robot.
  2. Aktifkan bluetooth pada telefon pintar Android.
  3. Pair kedua-dua bluetooth, pairing key adalah 1234.
  4. Buka aplikasi Arduino BT Joystick Free pada telefon pintar Android.
  5. Connect pada bluetooth Roboedu.
  6. Kawal robot anda! 🙂

*Untuk contoh pengaturcaraan diatas, anda boleh mengawal robot anda bergerak ke depan, ke belakang, pusing ke kiri dan pusing ke kanan.

**Anda mungkin perlu mengubah nilai pada kelajuan atau arah motor untuk mendapatkan pergerakan robot yang betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *