Pembelajaran 0: Setup, Loop dan LED Berkelip

Pembelajaran 0 adalah tugasan pertama untuk pelajar dalam dunia pengaturcaraan. Pelajar perlu membiasakan dengan sambungan perkakasan, penulisan kod pengaturcaraan dan langkah-langkah menggunakan perisian Arduino IDE.

PERKAKASAN

Perkakasan yang diperlukan:

  1. Pengawal Roboedu.
  2. LED.

Cara:

  • Sambungkan LED pada pengawal Roboedu di soket LED (D13).
  • Hidupkan pengawal Roboedu.

KOD PENGATURCARAAN

Tulis kod tersebut pada Arduino sketch dan upload ke pengawal Roboedu.

void setup()
{
  pinMode(13, OUTPUT);
}

void loop()
{
  digitalWrite(13, HIGH);
  delay(1000);
  digitalWrite(13, LOW);
  delay(1000);
}

KEPUTUSAN

LED akan berkelip dengan kadar 1 saat. Jika anda dapat hasil seperti ini, tahniah! ini merupakan langkah kanan anda sebagai seorang programmer!

TUGASAN

Sambungkan LED pada soket D5. Ubah kod pengaturcaraan untuk menghasilkan kelipan LED yang sama seperti sebelumnya.

Nota: Untuk pembelajaran edisi buku, sila rujuk pada link ini (BukuĀ Panduan Roboedu).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *