Pembelajaran 1: Meneroka LED Berkelip

Pembelajaran 1 merupakan lanjutan daripada Pembelajaran 0. Pelajar akan mengubah kod pengaturcaraan dengan kaedah cuba jaya untuk tugasan meneroka LED berkelip. Pelajar akan lebih memahami apa fungsi delay di dalam pengaturcaraan.

PERKAKASAN

Perkakasan yang diperlukan:

  1. Pengawal Roboedu.
  2. LED.

Cara:

  • Sambungkan LED pada pengawal Roboedu di soket LED (D13).
  • Hidupkan pengawal Roboedu.

KOD PENGATURCARAAN

Tulis kod tersebut pada Arduino sketch dan upload ke pengawal Roboedu.

void setup()
{
  pinMode(13, OUTPUT);
}

void loop()
{
  digitalWrite(13, HIGH);
  delay(100);
  digitalWrite(13, LOW);
  delay(100);
}

KEPUTUSAN

LED akan berkelip dengan kadar 100 milisaat. Tahniah! Jika dahulu anda selalu bayangkan kepantasan saat, kini anda sudah lebih memahami kepantasan milisaat.

TUGASAN

Ubah kod pengaturcaraan untuk menghasilkan kelipan LED yang lebih pantas. Rekodkan nilai delay terpantas dimana mata anda boleh lihat kelipan pada LED tersebut.

Nota: Untuk pembelajaran edisi buku, sila rujuk pada link ini (Buku Panduan Roboedu).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *