Pembelajaran 2: Mengawal Kecerahan LED

Selain daripada menyala dan memadamkan LED, Pembelajaran 2 akan memfokuskan pada pengawalan kecerahan LED.

PERKAKASAN

Perkakasan yang diperlukan:

  1. Pengawal Roboedu.
  2. LED.

Cara:

  • Sambungkan LED pada pengawal Roboedu di soket D5.
  • Hidupkan pengawal Roboedu.

KOD PENGATURCARAAN

Tulis kod tersebut pada Arduino sketch dan upload ke pengawal Roboedu.

void setup()
{
  pinMode(5, OUTPUT);
}

void loop()
{
  for(int i = 0; i < 256; i++)
  {
    analogWrite(5, i);
    delay(10);
  }
}

KEPUTUSAN

LED akan beransur-ansur terang. Kemudian LED terpadam dan ulang proses yang sama. Anda memang berbakat! Selain daripada mengawal kelipan LED, kecerahan LED juga boleh dikawal.

TUGASAN

  • Ubah kod pengaturcaraan supaya LED menjadi beransur-ansur malap. Kemudian LED bernyala dan ulang proses yang sama.
  • Tambah kod pengaturcaraan supaya LED beransur-ansur terang dan beransur-ansur malap. Kemudian ulang proses yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *