Jika anda ingin memasuki ke dunia robotik, motor adalah salah satu elemen yang terpenting. Anda akan belajar cara pengawalan motor pada Pembelajaran 4.
PERKAKASAN
Perkakasan yang diperlukan:
- Pengawal Roboedu.
- DC Motor.
Cara:
- Sambungkan DC Motor pada soket Motor A.
- Sambungkan bateri di soket bateri.
- Hidupkan pengawal Roboedu.
KOD PENGATURCARAAN
Tulis kod tersebut pada Arduino sketch dan upload ke pengawal Roboedu.
#include <RoboEduMotor.h> RoboEduMotor Motor; void setup() { } void loop() { Motor.A(80); delay(2000); Motor.A(-80); delay(2000); }
KEPUTUSAN
Motor akan berpusing pada satu arah selama 2 saat, kemudian bertukar arah dan berpusing selama 2 saat. Proses ini akan berulang-ulang. Tahniah! Mungkin anda adalah seorang pereka robotik dimasa hadapan.
TUGASAN
- Ubah nilai 80 kepada 100 dan rekodkan pemerhatian. Kemudian ubah nilai tersebut kepada 50. Bandingkan kedua-dua pemerhatian.