Pembelajaran 5: Mengawal 2 unit DC Motor

Pembelajaran 5 adalah lanjutan daripada Pembelajaran 4 dimana anda perlu mengawal 2 unit motor.

PERKAKASAN

Perkakasan yang diperlukan:

  1. Pengawal Roboedu.
  2. 2 unit DC Motor.

Cara:

  • Sambungkan DC Motor pada soket Motor A dan Motor B.
  • Sambungkan bateri di soket bateri.
  • Hidupkan pengawal Roboedu.

KOD PENGATURCARAAN

Tulis kod tersebut pada Arduino sketch dan upload ke pengawal Roboedu.

#include <RoboEduMotor.h>

RoboEduMotor Motor;

void setup()
{
}

void loop()
{
  Motor.A(80);
  Motor.B(80);
  delay(2000);
  Motor.A(-80);
  Motor.B(-80);
  delay(2000);
}

KEPUTUSAN

Kedua-dua motor akan berpusing pada satu arah selama 2 saat, kemudian bertukar arah dan berpusing selama 2 saat. Proses ini akan berulang-ulang. Tahniah! Anda berkebolehan untuk membina sebuah mobile robot.

TUGASAN

Pasangkan kedua-dua motor pada tapak Roboedu. Pasangkan L bracket dan half round pada tapak Roboedu supaya Roboedu boleh ‘berdiri’ dengan stabil. Ubah kod pengaturcaraan supaya Roboedu boleh gerak kedepan, kebelakang, pusing kekanan dan kekiri. Rekodkan nilai kedua-dua untuk setiap pergerakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *