Pembelajaran 6: Penderia IR (Infra Red)

Selesai mengawal pergerakan motor, kini masanya untuk mempelajari mengenai penderia. Penderia penting untuk menjadikan sesuatu robot berkebolehan bertindak sendiri tanpa perlu dikawal dan anda akan mempelajarinya di Pembelajaran 6.

PERKAKASAN

Perkakasan yang diperlukan:

  1. Pengawal Roboedu.
  2. Penderia IR.
  3. LED.

Cara:

  • Sambungkan penderia IR pada soket Sen0 (A0).
  • Sambungkan LED pada soket LED (D13).
  • Hidupkan pengawal Roboedu.

KOD PENGATURCARAAN

Tulis kod tersebut pada Arduino sketch dan upload ke pengawal Roboedu.

void setup()
{
  pinMode(A0, INPUT);
  pinMode(13, OUTPUT);
}

void loop()
{
  if(digitalRead(A0) == LOW)
    digitalWrite(13, HIGH);

  else if(digitalRead(A0) == HIGH)
    digitalWrite(13, LOW);
}

KEPUTUSAN

Apabila jari diletak pada penderia IR, LED akan bernyala. Apabila jari dialihkan, LED akan terpadam. Tahniah! Nampaknya Roboedu sudah boleh mengesan jari anda.

TUGASAN

  • Sambungkan penderia IR pada seoket Sen1 (A1). Ubah kod pengaturcaraan supaya menghasilkan keputusan yang sama.
  • Sambungkan penderia IR pada seoket Sen2 (A2). Ubah kod pengaturcaraan supaya menghasilkan keputusan yang sama.
  • Letakkan penderia IR pada permukaan putih, rekodkan pemerhatian.
  • Letakkan penderia IR pada permukaan hitam, rekodkan pemerhatian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *