Pembelajaran 7: Meneroka penderia IR

Pembelajaran 7 adalah lanjutan daripada Pembelajaran 6. Untuk menjadikan sesuatu robot itu lebih pintar, anda perlu kreatif dengan kod pengaturcaraan.

PERKAKASAN

Perkakasan yang diperlukan:

  1. Pengawal Roboedu.
  2. 3 unit Penderia IR.
  3. 2 unit LED.

Cara:

  • Sambungkan penderia IR pada soket Sen0 (A0), Sen1 (A1) dan Sen2 (A2).
  • Sambungkan LED pada soket LED (D13) dan D4.
  • Hidupkan pengawal Roboedu.

KOD PENGATURCARAAN

Tulis kod tersebut pada Arduino sketch dan upload ke pengawal Roboedu.

void setup()
{
  pinMode(A0, INPUT);
  pinMode(A1, INPUT);
  pinMode(A2, INPUT);
  pinMode(13, OUTPUT);
  pinMode(4, OUTPUT);
}

void loop()
{
  if(digitalRead(A0) == LOW ||
     digitalRead(A1) == LOW ||
     digitalRead(A2) == LOW)
  {
    digitalWrite(13, HIGH);
    digitalWrite(4, HIGH);
  }
  else
  {
    digitalWrite(13, LOW);
    digitalWrite(4, LOW);
  }
}

KEPUTUSAN

Apabila jari diletak pada salah satu penderia IR, kedua-dua LED akan bernyala. Apabila jari dialihkan, kedua-dua LED akan terpadam. Tahniah! Roboedu anda sudah semakin mudah mengesan jari anda.

TUGASAN

  • Sambungkan kedua-dua motor pada soket Motor A dan Motor B. Ubah kod pengaturcaraan supaya:
    1. apabila salah satu penderia IR mengesan permukaan putih, kedua-dua motor akan bergerak.
    2. apabila salah satu penderia IR mengesan permukaan hitam, kedua-dua motor akan berhenti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *