Pembelajaran 8: Push Button (Butang Tekan)

Push button juga merupakan salah satu penderia iaitu penderia tekanan. Contohnya apabila kita menekan push button tersebut, ia akan memberikan signal kepada pengawal Roboedu. Jadi kita boleh arahkan Roboedu untuk melakukan sesuatu apabila push button ditekan.

PERKAKASAN

Perkakasan yang diperlukan:

  1. Pengawal Roboedu.
  2. Push button.
  3. LED.

Cara:

  • Sambungkan push button pada soket D4.
  • Sambungkan LED pada soket LED (D13).
  • Hidupkan pengawal Roboedu.

KOD PENGATURCARAAN

Tulis kod tersebut pada Arduino sketch dan upload ke pengawal Roboedu.

void setup()
{
  pinMode(4, INPUT);
  pinMode(13, INPUT);
}

void loop()
{
  if(digitalRead(4) == LOW)
    digitalWrite(13, HIGH);

  else if(digitalRead(4) == HIGH)
    digitalWrite(13, LOW);
}

KEPUTUSAN

Apabila push button ditekan, LED akan bernyala dan apabila ia dilepaskan, LED akan terpadam. Tahniah! Kini anda boleh setkan tindakan Roboedu anda berdasarkan push button yang ditekan.

TUGASAN

  • Sambungkan push button pada soket D5 dan motor pada soket Motor A. Ubah kod pengaturcaraan supaya apabila push button ditekan, motor akan bergerak dan apabila ia dilepaskan, motor akan berhenti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *