Pembelajaran 9: Mengawal Servo Motor

Pembelajaran 9 memfokuskan tentang pengawalan servo motor. Servo motor adalah DC motor yang dilengkapi dengan pengawal tersendiri dengan sistem closed loop. Posisi sumbu (axis) servo motor akan diinformasikan ke pengawal servo motor menjadikan ia berkebolehan menetapkan sumbu (axis) pada posisi tertentu.

PERKAKASAN

Perkakasan yang diperlukan:

  1. Pengawal Roboedu.
  2. Servo Motor.

Cara:

  • Sambungkan Servo Motor pada soket Servo 1 (D6).
  • Sambungkan bateri pada soket bateri.
  • Hidupkan pengawal Roboedu.

KOD PENGATURCARAAN

Tulis kod tersebut pada Arduino sketch dan upload ke pengawal Roboedu.

#include <Servo.h>

Servo myservo;

int pos = 0;

void setup() 
{
  myservo.attach(6);
}

void loop()
{
  for(pos = 0; pos <= 180; pos++)
  {
    myservo.write(pos);
    delay(30);
  }
  delay(1000);
  for(pos = 180; pos >= 0; pos--)
  {
    myservo.write(pos);
    delay(30);
  }
  delay(1000);
}

KEPUTUSAN

Sumbu (axis) servo motor akan bergerak dari 0 darjah hingga ke 180 darjah dan berhenti selama 1 saat. Kemudian ia akan bergerak dari 180 darjah hingga ke 0 darjah dan berhenti selama 1 saat. Proses ini akan berulang-ulang. Tahniah! Anda semakin jelas bagaimana untuk membina ‘tangan’ robot!

TUGASAN

  • Sambungkan servo motor pada soket Servo 2 (D7). Ubah kod pengaturcaraan supaya menghasilkan pergerakan yang sama seperti sebelum ini.
  • Sambungkan servo motor pada soket Servo 3 (D8). Ubah kod pengaturcaraan supaya menghasilkan pergerakan yang sama seperti sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *