Pengaturcaraan Roboedu guna ArduBlock?

Pengaturcaraan menggunakan visual atau blok adalah lebih mudah difahami bagi mereka yang baru ingin berkecimpung dalam dunia robotik. Terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah rendah atau menengah dimana mereka tiada pengetahuan dalam pengaturcaraan. Jadi kami di sini berusaha sedaya upaya memberi pendekatan yang terbaik untuk mereka belajar Roboedu menggunakan pengaturcaraan blok.

RoboeduArdublock

Gambar diatas adalah contoh pengaturcaraan Roboedu menggunakan software ArduBlock. Roboedu akan mengikuti garisan hitam dan mengira garisan lintang. Jika sudah melepasi 5 garisan lintang, Roboedu akan berhenti pada garisan lintang yang ke-6.

Walaubagaimanapun, ArduBlock hanya sesuai untuk mula belajar sahaja. Jika ingin belajar pengaturcaraan dengan lebih dalam, lebih sesuai menggunakan kod pengaturcaraan seperti yang ditunjukkan di Buku Panduan Roboedu.

*Nota: Kami dalam proses menghasilkan buku seperti Buku Panduan Roboedu tetapi kali ini menggunakan ArduBlock.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *