“Roboedu” Alat Bantuan Pembelajaran Berteknologi Tinggi

Alhamdulilah, dengan bantuan serta sokongan  rakan-rakan akhirnya terhasil juga kit robotik yang diberi nama RoboEdu. Ini adalah permulaan bagi menghasilkan alat bantuan pembelajaran berteknologi tinggi untuk tujuan memberi galakan kepada pelajar-pelajar meminati ilmu robotik.

Roboedu adalah singkatan nama Robot For Education. Beberapa perancangan akan dilakukan bagi memperkenalkan Roboedu diantaranya adalah termasuk membantu sekolah-sekolah mewujudkan kelab robotik, memberi latihan secara percuma kepada sekolah-sekolah rendah dan menengah yang berminat. Selain itu, kami juga merancang untuk mengadakan bengkel Roboedu secara percuma kepada peminat-peminat robot serta melaksanakan pertandingan robotik di peringkat sekolah, daerah serta negeri.

Kami berharap perancangan ini dapat dilaksanakan dengan mudah dan berkesan. In Shaa Allah.

roboedu1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *